Sunday 20 March 2011

Panduan Jimat Belanja Bagi Bakal Pengantin

1. Menyewa pakaian dan bukan membeli
2. Meninjau pakaian yang kita gemeri boleh dibuat dengan belanja yang rendah
3. Jika ingin membeli pakaian, pastikan ia boleh dipakai dikemudian hari.
4. Beli kasut yang boleh dipakai di majlis lain
5. Buat majlis perkahwinan di rumah berbanding di hotel
6. Beli bunga pengang yang murah tetapi cantik
7. Meminta jasa baik rakan untuk menjadi deejay
8. Minta rakan yang mahir dalamfotografi untuk mengambil gambar
9. Tinjau dan dapatkan harga pakej perkahwinan yang paling rendah tetapi memenuhi kehendak.
10. Dapatkan harga catering yang paling rendah, lebih jimat jika bergotong royong memasak.
11. Beli barang hantaran sendiri daripada dibeli oleh pasangan kerana ditakuti jika anda tidak disukai ia akan membazir.
12. Ilhamkan sendiri hantaran anda atau minta buah fikiran rakan terdekat dan keluarga dengan membuatnya beramai-ramai.

Entry kali ini, saya akan berkongsi cara berjimat dalam menyempurnakan sebuah majlis perkahwinan idaman berdasarkan bacaan dan pengalaman sendiri. Maklumlah, sebagai anak sulung, sudah tentu ibabapa saya tiada pengalaman dalam mengendalikan kenduri kahwin. Jadi, saya perlu menjadi perancang, pengurus, akautan dan pastinya pengantin untuk majlis tersebut. 12 tips di atas saya kongsikan dari bacaan dalam majalah pengantin edisi terbaru.

                Setiap bakal pengantin mengimpikan sebuah majlis yang meriah, sempurna dan pastinya tidak menelan belanja yang besar. Sudah pastinya setiap pasangan berkira-kira dalam setiap perbelanjaan dan tentu sekali dalam kerunsingan jika memikirkan berapakah belanja yang diperlukan. Adakah duit simpanan mencukupi? Perlukah berhutang untuk mengadakan majlis idaman? Baiklah..ini adalah antara apa yang saya dan pasangan lakukan untuk memastikan mejlis kami tidak over bajet.

1.  Beli barang hantaran waktu mega sale
Kami beli barang hantaran sewaktu sale. Beli barang berjenama, tapi dengan harga yang jauh lebih murah.
            
2. Survey pakej perkahwinan
Saya memang mengambil masa yang lama untuk memilih butik pengantin. Ada saja masa terluang, saya akan melawat ke butik-butik pengantin sekitar Sungai Petani untuk bertanyakan harga pakej yang mereka tawarkan. Sambil-sambil survey, saya akan cuci mata melihat koleksi pakaian yang ada di butik mereka Selain itu, saya ni memang ada design pelamin impian. Jadi, setiap butik yang saya lewati, saya akan Tanya pakej berserta design pelamin yang saya teringin sangat tu. Waktu tu, bukan semua butik ada pelamin panel (design pelamin sekarang). Ada butik yang pakejnya terlalu mahal, ada pula yang tiada..tetapi berjanji untuk mendapatkannya. Saya ni pula jenis yang susah nak percaya kalau tak tengok sendiri. Maka dengan mudahnya, butik-butik itu akan dipangkah.

                Nasihat saya. Laung sedikit masa untuk meninjau butik yang menyediakan apa yang kita impikan dan inginkan . Hal ini akan memberi kita peluang memilih yang terbaik dari segi BAJET.





3. Kad Kahwin
Pada saya, kad kahwin juga antara elemen penting dalam dalam merancang majli yang sempurna. Oleh kerana saya berada jauh di Pualu Labuan, sudah tentu saya tiada masa untuk pergi ke mana-mana kedai pencetakan untuk membandingkan dan melihat design kad kawin yang disediakan. Jadi, saya mengunakan aplikasi hujung jari dalam membuat tempahan kad. Bagi saya, design kad on9 jauh lebih menarik dan harganya jauh lebih murah. Design pula boleh mengikut cita rasa sendiri. Percaya atau tidak, kad kawin saya hanya berharga RM0.42 sen sahaja. Cantik, berkualiti, tetapi murah!


4. Cenderahati
Pemberian bunga telur bukan lagi menjadi tren masa kini. Ramai pasangan akan memberikan pelbagai barangan. Bagi saya, anatara perkara yang boleh berjimat, adalah dari aspek cenderahati. Saya ada juga menempah pasu labu sayung dari Kuala Kangsar. Setiap satu berharga RM1.20. Beg cenderahati pula saya tempah hanya dengan harga 50sen juga melalui on9. Lain-lain barang seperti sapu tangan, bunga telur, dan sebagainya saya beli dengan cara berperingkat sejak 8 bulan sebelum majlis. Jadi tidaklah saya terasa sangat ketika membayar.

5. Hiasan hantaran
Saya jenis yang cerewet. Saya akan berasa sedih dan marah sekiranya apa yang saya bayar tidak berbaloi dengan apa yang saya terima. Dari hasil survey, jika menempah hiasan hantaran harga yang paling rendah untuk servis tersebut adalah RM30.00 untuk setiap 1 dulang. Cuba bayangkan, jika 9 dulang, bukankah harganya sudah menjadi RM270.00? Rm270 hanya untuk hiasan? Bagi saya ia memang tidak berbaloi.
                Oleh sebab itu, segala hiasan di dulang hantaran bagi kedua-dua pihak saya lakukan sendri. Setiap satu dulang kosnya tidak lebih RM10.00. Apa tidaknya, bunga dulang pun saya buat sendiri. Bunga dulang sedia ada yang dijual di kedai, paling murah harganya RM5.90 itu pun dengan saiz yang kecil. Nasihat saya, luangkan sedikit masa untuk membelek majalah hiasan hantaran, dan anda sendiri yang  merealisasikan hantaran idaman anda.

6. Jurugambar
Saya suka pada gambar yang mempunyai nilai dramatic yang tinggi. Saya tidak suka ia terlalu bergantung pada kesan edit. Maka, saya mencari-cari, melawati begitu banyak laman web dan blog juru kamera area utara untuk melihat portfolio dan pakej yang ditawarkan. Hati saya terpaut pada seorang jurugambar yang agak popular di kawasan utara. Memandangkan dia adalah jurugambar yang ada nama, maka pakej yang ditawarkan agak mahal. Tapi, mata saya memang sudah jatuh cinta dengan karya beliau. Jadi, saya tetap memilih dia.
                Berkisar tentang jimat, saya memang sedikit bijak. Saya memilih beliau sebagai jurugambar hanya untuk shoot pada 3 event. Akad nikah, resepsi, bertandang dan sesi outdoor percuma. Segala gambar yang diambil diserahkan kepada saya hanya dalam bentuk soft-copy. Saya sendiri menjadikan ia dalam bentuk custom album. Tempah saja di phtobook. 2 coffee table magazine, 1 custom album baru berharga RM450.00. Sedangkan 1 custom album dicas lebih RM400 oleh photographer.

Kesimpulannya, jika anda ingin berjimat..tips yang paling penting adalah bakal pengantin sendiri perlu mengorbankan sedikit masa dan tenaga. Saya harap apa yang dikongsikan dapat membantu bakal pengantin diluar sana untuk tidak terlalu runsing memikirkan tentang bajet. J

SELAMAT MENCUBA

4 comments:

  1. hihi tq nadhirah.. sgt mmbantu :)

    ReplyDelete
  2. tq..bagusla..sy dapat idea dr blog awk..sy pn sdg merancang nk berkahwin tp x kerja lg sdg tnggu panggilan postins so semestinya kena berjimat la kn

    ReplyDelete
  3. sy atikah blh sy th jurugambar 2 org utara area mn.... tlg contact number 2 x kt sy

    ReplyDelete