Monday 21 March 2011

Cadangan Untuk Bakal Pengantin:Mari Berjimat, Elakkan Membazir

Asalammualaikum rakan-rakan sekalian..

Sedang asyik menanti panggilan dari hubby, terpanggil pula untuk melunaskan janji berkongsi link-link perkhidmatan mencetak kad kawin, bunting, beg dan cenderahati yang murah. Tapi kualitinya dijamin memuaskan.

1. Kad Kahwin
Sebenarnya, harga bagi 1 kad kawin akan lebih murah jika anda menempah bagi kedua-dua pihak dalam 1 kad yang sama. Hal ini kerana, harga kad akan bergantung kepada jumlah cetakan yang anda inginkan. Jika mengikut  perkadaran ayah saya, secara kasarnya1 kad adalah mewakili 3 orang jemputan. Maka, jika anda berhajat untuk menjemput 1000 orang tetamu, disarankan anda mencetak lebih kurang 500 kad. Jika ditambah dengan jumlah cetakan yang dikehendaki oleh pasangan anda, mungkin ia mencecah 1000 keping. Maka, harga 1 kad akan bertambah murah.

Anda perlu bijak dalam memilih pencetak. Antara perkara yang harus anda beri perhatian dalam memilih agensi pencetakan adalah:

1. Harga 1 kad sudah termasuk cas sampul 
2. Harga yang di tawarkan sesuai dengan ketebalan kad. 
   - Makin tinggi jumlah berat (dalam gram), makin tebal lah kad tersebut. Maka, ia akan kelihatan lebih berkualiti.
3. Cas rekacipta.
- Ada mencetak yang menawarkan servis merekacipta secara percuma. Ada juga yang mengenakan cas tambahan.
4. Cas peta
- Pilih pencetak yang tidak mengenakan cas tambahan untuk design 2 pihak dalam satu kad.

2. Beg Cenderahati
Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah beg atau kotak cenderahati yang eksklusif, pastikan anda berbincang dahulu dengan pasangan. Makin banyak bilangan yang ditempah, makin murah harganya!
Pastikan anda bijak dalam merancang. Kenal pasti saiz beg yang anda inginkan berdasarkan barang-barang yang bakal anda isi di dalam beg tersebut. Makin besar saiz beg, makin banyaklah barang yang perlu diisi di dalam beg tersebut. Maka, makin banyaklah modalnya :)


3. Cenderahati
Rancang terlebih dahulu apakah barangan yang anda ingin berikan kepada tetamu. Berapakah bajet setiap satu. Adakah anda akan memberi cenderahati tersebut kepada setiap tetamu? Cadangan saya, jika anda hendak berjimat, tetapi tidak dapat dihidu oleh tetamu, anda berikan mereka cenderahati yang sudah dikotakkan/ packing tetapi harganya tidak lebih RM1.50.

Berdasarkan pengalaman, anda tidak perlu menyediakan cenderahati mengikut bilangan tetamu yang anda panggil. Hal ini kerana, akan ada tetamu yang akan tidak hadir. Selain itu, dalam kesibukan menyambut tetamu diwaktu puncak (jam 12.30 - 2.00 ptg), pasti ada tetamu yang terlepas padang. Jadi, mereka hanya bersalaman dan makan serta pulang tanpa mendapat cenderahati. Ini bukan salah tuan rumah, tetapi kesibukan dan kesesakan menyebabkan perkara ini terjadi.

Justeru, jika tetamu yang dijemput adalah seramai 1000, tempahlah cenderahati lebih kurang 800 sahaja. Jika dilihat dalam trend sekarang, tuan rumah lebih gemar meng'gred'kan cenderahati mengikut aras tetamu yang dijemput. Jika tetamu tersebut sekadar orang kampung, teman biasa..maka biasa jugalah cenderahati yang diterima. Jika  tetamu tersebut dari golongan yang lebih tinggi, atau dengan erti kata tetamu khas, cenderahatinya juga khas. Bagi saya, hal ini terpulang kepada tuan rumah. Cuma bukankah lebih baik berlaku adil pada semua tetamu?

4. Bunting dan banner
Bagi bunting dan banner, tempahlah dengan cetakan 2 tarikh kenduri sekali gus (pihak perempuan dan pihak lelaki) ia akan lebih menjimatkan dan lebih bijak. Disarankan anda bertanya tentang harga bunting dan banner kepada syarikat pencetakan kad yang telah anda pilih. Mungkin harga pakej yang ditawarkan akan lebih murah. Dan pastinya ia menjimatkan kos penghantaran :)

Disini adalah link yang pada saya antara yang menawarkan harga terendah dan berkualiti.

1. KAD KAHWIN
(menawarkan kad serendah 32sen dengan cetakan min 1000 keping,  ketebalan kertas 260gsm)
(turut menawarkan servis kotak cenderahati, bunting, banner)

(menawarkan kad serendah 29sen dengan cetakan min 1000 keping, ketebalan kertas 140gsm)
(turut menawarkan servis kotak cenderahati, bunting, banner)

(turut menawarkan servis kotak cenderahati, bunting, banner)

2. CENDERAHATI
(blog ini telah dicadangkan oleh rakan saya. Kakaknya menempah bauhulu yang sudah di packing cantik dengan kos hanya RM1.20 sahaja. Murah dan cantik,kan? Jika melihat kepada tarikh update, memang dah macam 4tahun yang lepas. Tapi, percayalah..ia masih aktif  :)



SELAMAT BERJIMAT DAN SEMOGA MENJADI PERANCANG PERKAHWINAN YANG HEBAT!

Sunday 20 March 2011

Panduan Jimat Belanja Bagi Bakal Pengantin

1. Menyewa pakaian dan bukan membeli
2. Meninjau pakaian yang kita gemeri boleh dibuat dengan belanja yang rendah
3. Jika ingin membeli pakaian, pastikan ia boleh dipakai dikemudian hari.
4. Beli kasut yang boleh dipakai di majlis lain
5. Buat majlis perkahwinan di rumah berbanding di hotel
6. Beli bunga pengang yang murah tetapi cantik
7. Meminta jasa baik rakan untuk menjadi deejay
8. Minta rakan yang mahir dalamfotografi untuk mengambil gambar
9. Tinjau dan dapatkan harga pakej perkahwinan yang paling rendah tetapi memenuhi kehendak.
10. Dapatkan harga catering yang paling rendah, lebih jimat jika bergotong royong memasak.
11. Beli barang hantaran sendiri daripada dibeli oleh pasangan kerana ditakuti jika anda tidak disukai ia akan membazir.
12. Ilhamkan sendiri hantaran anda atau minta buah fikiran rakan terdekat dan keluarga dengan membuatnya beramai-ramai.

Entry kali ini, saya akan berkongsi cara berjimat dalam menyempurnakan sebuah majlis perkahwinan idaman berdasarkan bacaan dan pengalaman sendiri. Maklumlah, sebagai anak sulung, sudah tentu ibabapa saya tiada pengalaman dalam mengendalikan kenduri kahwin. Jadi, saya perlu menjadi perancang, pengurus, akautan dan pastinya pengantin untuk majlis tersebut. 12 tips di atas saya kongsikan dari bacaan dalam majalah pengantin edisi terbaru.

                Setiap bakal pengantin mengimpikan sebuah majlis yang meriah, sempurna dan pastinya tidak menelan belanja yang besar. Sudah pastinya setiap pasangan berkira-kira dalam setiap perbelanjaan dan tentu sekali dalam kerunsingan jika memikirkan berapakah belanja yang diperlukan. Adakah duit simpanan mencukupi? Perlukah berhutang untuk mengadakan majlis idaman? Baiklah..ini adalah antara apa yang saya dan pasangan lakukan untuk memastikan mejlis kami tidak over bajet.

1.  Beli barang hantaran waktu mega sale
Kami beli barang hantaran sewaktu sale. Beli barang berjenama, tapi dengan harga yang jauh lebih murah.
            
2. Survey pakej perkahwinan
Saya memang mengambil masa yang lama untuk memilih butik pengantin. Ada saja masa terluang, saya akan melawat ke butik-butik pengantin sekitar Sungai Petani untuk bertanyakan harga pakej yang mereka tawarkan. Sambil-sambil survey, saya akan cuci mata melihat koleksi pakaian yang ada di butik mereka Selain itu, saya ni memang ada design pelamin impian. Jadi, setiap butik yang saya lewati, saya akan Tanya pakej berserta design pelamin yang saya teringin sangat tu. Waktu tu, bukan semua butik ada pelamin panel (design pelamin sekarang). Ada butik yang pakejnya terlalu mahal, ada pula yang tiada..tetapi berjanji untuk mendapatkannya. Saya ni pula jenis yang susah nak percaya kalau tak tengok sendiri. Maka dengan mudahnya, butik-butik itu akan dipangkah.

                Nasihat saya. Laung sedikit masa untuk meninjau butik yang menyediakan apa yang kita impikan dan inginkan . Hal ini akan memberi kita peluang memilih yang terbaik dari segi BAJET.





3. Kad Kahwin
Pada saya, kad kahwin juga antara elemen penting dalam dalam merancang majli yang sempurna. Oleh kerana saya berada jauh di Pualu Labuan, sudah tentu saya tiada masa untuk pergi ke mana-mana kedai pencetakan untuk membandingkan dan melihat design kad kawin yang disediakan. Jadi, saya mengunakan aplikasi hujung jari dalam membuat tempahan kad. Bagi saya, design kad on9 jauh lebih menarik dan harganya jauh lebih murah. Design pula boleh mengikut cita rasa sendiri. Percaya atau tidak, kad kawin saya hanya berharga RM0.42 sen sahaja. Cantik, berkualiti, tetapi murah!


4. Cenderahati
Pemberian bunga telur bukan lagi menjadi tren masa kini. Ramai pasangan akan memberikan pelbagai barangan. Bagi saya, anatara perkara yang boleh berjimat, adalah dari aspek cenderahati. Saya ada juga menempah pasu labu sayung dari Kuala Kangsar. Setiap satu berharga RM1.20. Beg cenderahati pula saya tempah hanya dengan harga 50sen juga melalui on9. Lain-lain barang seperti sapu tangan, bunga telur, dan sebagainya saya beli dengan cara berperingkat sejak 8 bulan sebelum majlis. Jadi tidaklah saya terasa sangat ketika membayar.

5. Hiasan hantaran
Saya jenis yang cerewet. Saya akan berasa sedih dan marah sekiranya apa yang saya bayar tidak berbaloi dengan apa yang saya terima. Dari hasil survey, jika menempah hiasan hantaran harga yang paling rendah untuk servis tersebut adalah RM30.00 untuk setiap 1 dulang. Cuba bayangkan, jika 9 dulang, bukankah harganya sudah menjadi RM270.00? Rm270 hanya untuk hiasan? Bagi saya ia memang tidak berbaloi.
                Oleh sebab itu, segala hiasan di dulang hantaran bagi kedua-dua pihak saya lakukan sendri. Setiap satu dulang kosnya tidak lebih RM10.00. Apa tidaknya, bunga dulang pun saya buat sendiri. Bunga dulang sedia ada yang dijual di kedai, paling murah harganya RM5.90 itu pun dengan saiz yang kecil. Nasihat saya, luangkan sedikit masa untuk membelek majalah hiasan hantaran, dan anda sendiri yang  merealisasikan hantaran idaman anda.

6. Jurugambar
Saya suka pada gambar yang mempunyai nilai dramatic yang tinggi. Saya tidak suka ia terlalu bergantung pada kesan edit. Maka, saya mencari-cari, melawati begitu banyak laman web dan blog juru kamera area utara untuk melihat portfolio dan pakej yang ditawarkan. Hati saya terpaut pada seorang jurugambar yang agak popular di kawasan utara. Memandangkan dia adalah jurugambar yang ada nama, maka pakej yang ditawarkan agak mahal. Tapi, mata saya memang sudah jatuh cinta dengan karya beliau. Jadi, saya tetap memilih dia.
                Berkisar tentang jimat, saya memang sedikit bijak. Saya memilih beliau sebagai jurugambar hanya untuk shoot pada 3 event. Akad nikah, resepsi, bertandang dan sesi outdoor percuma. Segala gambar yang diambil diserahkan kepada saya hanya dalam bentuk soft-copy. Saya sendiri menjadikan ia dalam bentuk custom album. Tempah saja di phtobook. 2 coffee table magazine, 1 custom album baru berharga RM450.00. Sedangkan 1 custom album dicas lebih RM400 oleh photographer.

Kesimpulannya, jika anda ingin berjimat..tips yang paling penting adalah bakal pengantin sendiri perlu mengorbankan sedikit masa dan tenaga. Saya harap apa yang dikongsikan dapat membantu bakal pengantin diluar sana untuk tidak terlalu runsing memikirkan tentang bajet. J

SELAMAT MENCUBA

Friday 18 March 2011

SENARAI SEMAK BAKAL PENGANTIN

Asalammualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Hurm..lama rasanya tidak membuat entry baru. Maklumlah sibuk dengan pelbagai urusan kerja sejak akhri-akhir ni. Berkenaan entry kali ni, ni adalah perkongsian untuk bakal-bakal pengantin. Perkongsian ni adalah hasil dari pengalaman sendiri dan rujukan di majalah pengantin :)

Bagi aku, setiap bakal pengantin yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan dalam tempoh 1 tahun, mereka perlu bersedia dengan sebaik-baiknya bagi memastikan majlis yang diimpikan dapat direalisasikan dengan sebaik mungkin. Jadi, bagi bakal pengantin, sila-sila la meneliti senarai semak di dalam entry ini.



SENARAI SEMAK PERKAHWINAN:

12 bulan sebelum:

-          Bincang tarikh dan waktu bernikah
-          Atur bajet yang diperlukan

6 bulan sebelum:

-          Mula tempah kad perkahwinan
-          Hubungi kadi dan pejabat agama

11 bulan sebelum:

-          Tetapkan tarikh nikah, kawin dan majlis bertandang
-          Kursus kawin
-          Servey baju dan pakej perkahwinan (sesuaikan dengan bajet)
-          Mula membeli barang hantaran

5 bulan sebelum:

-          Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan
-          Tempah cenderahati
10 bulan sebelum:

-          Rancang warna tema

3 bulan sebelum:

-          Pilih cincin kawin
-          Pastikan tempahan P.A system, deejay
-          Uruskan semua urusan pernikahan (ujian HIV, tetapkan tarikh pada juru nikah, lengkapkan semua borang berkaitan pernikahan)
-           
9 bulan sebelum:

-          Pilih juru foto atau juru video
2 bulan sebelum:

-          Utus kad jemputan
-          Fitting baju
-           
8 bulan sebelum:

-          Tempah lokasi dan tarik majlis
-          Tetapkan jumlah tetamu

1 bulan sebelum:

-          Pastikan semua urusan pernikahan selesai
-          Buat rawatan (mandi lulur, facial)
-          Pastikan semua tempahan sudah di confirmkan
-                       
7 bulan sebelum:

-          Tentukan pakaian dan pilih juru solek
-          Tempah baju akad nikah

Check list penting:
-          Kadi
-          Borang pernikahan yang lengkap
-          Hiasan majlis (pelamin, bilik tidur)
-          Deejay
-          Baju
-          Solekan
-          Pengapit
-          Kanopi dan makanan
-          Cenderahati
-          Kek kawin
Juru gambar




PERBELANJAAN UNTUK MAJLIS KAHWIN:

1. PENGANTIN PEREMPUAN

PERKARA
BAJET
BELANJA SEBENAR
CATATAN
-       Cincin kawin pengantin lelaki




-       Hantaran untuk pengantin lelaki (barang dan hiasan)




-       Pakaian untuk pengapit (jika perlu)




-       Juru gambar/ juru video




-       Pemeriksaan kesihatan (HIV)




-       Pakej perkahwinan (baju akad nikah, baju resepsi, baju bertandang)
Solekan (3kali solekan)




-       Hiasan pelamin, bilik tidur
-       Aksesori majlis akad nikah (bantal duduk, bunga tangan)




-       Kad kahwin




-       Cenderahati perkahwinan




-       Pakaian untuk keluarga (jika perlu)






2. KELUARGA DAN PENGANTIN PEREMPUAN

PERKARA
BAJET
BELANJA SEBENAR
CATATAN
-       Katering/ makanan



-       Kanopi



-       P.A system dan deejay
-    Kompang dan silat



-       Hiasan rumah (secara keseluruhan)



-       Tempat penginapan saudara mara dan pihak bertandang



-       Lokasi akd nikah. (masjid atau rumah)
-       Keparluan P.A sistem





1. PENGANTIN LELAKI

PERKARA
BAJET
BELANJA SEBENAR
CATATAN
-       Wang hantran



-       Wang mas kahwin



-       Wang upah kadi dan 2 orang saksi



-       Cincin atau aksesori lain untuk majlis batal air sembahyang



-       Hantaran untuk pengantin perempuan (barang dan hiasan)



-       Pakej perkahwinan: (baju akad nikah, baju resepsi, baju bertandang)




-       Pakaian untuk pengapit (jika perlu)



-       Juru gambar/ juru video



-       Pemeriksaan kesihatan (HIV)



-       Hiasan pelamin, bilik tidur




-       Kad kahwin



-       Cenderahati perkahwinan



-       Pakaian untuk keluarga (jika perlu)





2. KELUARGA DAN PENGANTIN LELAKI

PERKARA
BAJET
BELANJA  SEBENAR
CATATAN
-       Katering/ makanan




-       Kanopi




-       P.A system dan deejay
-   Kompang dan silat




-       Hiasan rumah (secara keseluruhan)




-       Tempat penginapan saudara mara dan pihak bertandang




-       Belanja perjalanan bagi rombongan pihak lelaki ke rumah pengantin perempuan (minyak dan tol- jika perlu)




Sebelum aku menaip check-list ini, aku sempat membelek-belek majalah pengantin sambil berbual dengan Hubby yang jauh di mata. Terasa macam ingin mengadakan majlis semula. Seronok rasanya bertungkus lumus memastikan majlis idaman menjadi nyata. Syukur, dengan kerja keras aku, majlis aku pada 8 bulan lepas memang seperti yang aku dambakan. Maklumlah, segala persiapan aku lakukan sendiri. Termasuklah hiasan dulang hantaran bagi kedua-dua pihak. Jadi dapat la berjimat. Next entry, aku akan kongsi tips jimatkan perbelanjaan kawin dan link-link yang menarik untuk dilayari oleh bakal pengantin. 

TUNGGGGUUUUU!!!!!