Monday 21 March 2011

Cadangan Untuk Bakal Pengantin:Mari Berjimat, Elakkan Membazir

Asalammualaikum rakan-rakan sekalian..

Sedang asyik menanti panggilan dari hubby, terpanggil pula untuk melunaskan janji berkongsi link-link perkhidmatan mencetak kad kawin, bunting, beg dan cenderahati yang murah. Tapi kualitinya dijamin memuaskan.

1. Kad Kahwin
Sebenarnya, harga bagi 1 kad kawin akan lebih murah jika anda menempah bagi kedua-dua pihak dalam 1 kad yang sama. Hal ini kerana, harga kad akan bergantung kepada jumlah cetakan yang anda inginkan. Jika mengikut  perkadaran ayah saya, secara kasarnya1 kad adalah mewakili 3 orang jemputan. Maka, jika anda berhajat untuk menjemput 1000 orang tetamu, disarankan anda mencetak lebih kurang 500 kad. Jika ditambah dengan jumlah cetakan yang dikehendaki oleh pasangan anda, mungkin ia mencecah 1000 keping. Maka, harga 1 kad akan bertambah murah.

Anda perlu bijak dalam memilih pencetak. Antara perkara yang harus anda beri perhatian dalam memilih agensi pencetakan adalah:

1. Harga 1 kad sudah termasuk cas sampul 
2. Harga yang di tawarkan sesuai dengan ketebalan kad. 
   - Makin tinggi jumlah berat (dalam gram), makin tebal lah kad tersebut. Maka, ia akan kelihatan lebih berkualiti.
3. Cas rekacipta.
- Ada mencetak yang menawarkan servis merekacipta secara percuma. Ada juga yang mengenakan cas tambahan.
4. Cas peta
- Pilih pencetak yang tidak mengenakan cas tambahan untuk design 2 pihak dalam satu kad.

2. Beg Cenderahati
Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah beg atau kotak cenderahati yang eksklusif, pastikan anda berbincang dahulu dengan pasangan. Makin banyak bilangan yang ditempah, makin murah harganya!
Pastikan anda bijak dalam merancang. Kenal pasti saiz beg yang anda inginkan berdasarkan barang-barang yang bakal anda isi di dalam beg tersebut. Makin besar saiz beg, makin banyaklah barang yang perlu diisi di dalam beg tersebut. Maka, makin banyaklah modalnya :)


3. Cenderahati
Rancang terlebih dahulu apakah barangan yang anda ingin berikan kepada tetamu. Berapakah bajet setiap satu. Adakah anda akan memberi cenderahati tersebut kepada setiap tetamu? Cadangan saya, jika anda hendak berjimat, tetapi tidak dapat dihidu oleh tetamu, anda berikan mereka cenderahati yang sudah dikotakkan/ packing tetapi harganya tidak lebih RM1.50.

Berdasarkan pengalaman, anda tidak perlu menyediakan cenderahati mengikut bilangan tetamu yang anda panggil. Hal ini kerana, akan ada tetamu yang akan tidak hadir. Selain itu, dalam kesibukan menyambut tetamu diwaktu puncak (jam 12.30 - 2.00 ptg), pasti ada tetamu yang terlepas padang. Jadi, mereka hanya bersalaman dan makan serta pulang tanpa mendapat cenderahati. Ini bukan salah tuan rumah, tetapi kesibukan dan kesesakan menyebabkan perkara ini terjadi.

Justeru, jika tetamu yang dijemput adalah seramai 1000, tempahlah cenderahati lebih kurang 800 sahaja. Jika dilihat dalam trend sekarang, tuan rumah lebih gemar meng'gred'kan cenderahati mengikut aras tetamu yang dijemput. Jika tetamu tersebut sekadar orang kampung, teman biasa..maka biasa jugalah cenderahati yang diterima. Jika  tetamu tersebut dari golongan yang lebih tinggi, atau dengan erti kata tetamu khas, cenderahatinya juga khas. Bagi saya, hal ini terpulang kepada tuan rumah. Cuma bukankah lebih baik berlaku adil pada semua tetamu?

4. Bunting dan banner
Bagi bunting dan banner, tempahlah dengan cetakan 2 tarikh kenduri sekali gus (pihak perempuan dan pihak lelaki) ia akan lebih menjimatkan dan lebih bijak. Disarankan anda bertanya tentang harga bunting dan banner kepada syarikat pencetakan kad yang telah anda pilih. Mungkin harga pakej yang ditawarkan akan lebih murah. Dan pastinya ia menjimatkan kos penghantaran :)

Disini adalah link yang pada saya antara yang menawarkan harga terendah dan berkualiti.

1. KAD KAHWIN
(menawarkan kad serendah 32sen dengan cetakan min 1000 keping,  ketebalan kertas 260gsm)
(turut menawarkan servis kotak cenderahati, bunting, banner)

(menawarkan kad serendah 29sen dengan cetakan min 1000 keping, ketebalan kertas 140gsm)
(turut menawarkan servis kotak cenderahati, bunting, banner)

(turut menawarkan servis kotak cenderahati, bunting, banner)

2. CENDERAHATI
(blog ini telah dicadangkan oleh rakan saya. Kakaknya menempah bauhulu yang sudah di packing cantik dengan kos hanya RM1.20 sahaja. Murah dan cantik,kan? Jika melihat kepada tarikh update, memang dah macam 4tahun yang lepas. Tapi, percayalah..ia masih aktif  :)



SELAMAT BERJIMAT DAN SEMOGA MENJADI PERANCANG PERKAHWINAN YANG HEBAT!

1 comment: