Saturday 26 February 2011

Sedih: Diam atau Ekspreskan....???

Sedih..perasaan yang tiap orang pernah, sedang atau bakal merasa..Mungkin kita berasa sedih dengan takdir yang menimpa diri sendiri dan sedih tika melihat orang lain ditimpa musibah..Bagi aku, rasa sedih adalah rasa yang boleh mendorong kepada perasaan yang lebih buruk (kecewa, berasa tidak bersyukur, patah semangat) atau ke arah perasaan yang lebih baik (lebih dekat dengan-Nya, bersyukur, lebih berusaha). Segalanya mungkin terjadi hanya dengan sekelumit rasa sedih.

Dalam kehidupan, kita telah dihidangkan dengan pelbagai rencah dan rempah kehidupan yang kadangkalanya enak untuk ditelan dan ada kalanya meloyakan anak tekak hingga tidak langsung dibenarkan untuk melalui esophagus. Begitu juga dengan rasa sedih yang ada tikanya mampu ditanggung dan dibendung dengan baik. Namun jika kedukaan yang datang menimpa bertimpa-timpa, kesedihan yang hinggap bukan calang tentu siapa pun sedikit sebanyak akan tergugat dan terlupa seketika dengan perasaan lain iaitu "REDHA".

Persoalan di sini, adakah rasa sedih yang menerpa perlu diekspreskan? Atau hanya berdiam harungi hari seperti tiada apa yang berlaku..

Di sini ingin ku kongsi secubit rasa bukan niat untuk mempersoalkan segala ketentuanNya. .
Kehidupan aku dan suami bukan seperti yang aku gambarkan. Jauh dari pasangan..Memang pada aku satu dugaan yang berat. Kini si dia sedang berkhidmat di Lubnan. Aku pula di Labuan. Rasa sedih, rasa cemburu selalu datang menerpa tanpa dipinta. Sedih kerana terpaksa melalui kehidupan sebagai seorang isteri yang berdikari seorang diri di pulau kecil yang terpencil dari family. Cemburu tika melihat pasangan lain berpimpin tangan, berkongsi segala suka dan duka di alam nyata, dan aku pula hanya di alam maya..Hebat sungguh peperiksaan perasaan yang terpaksa aku lalui sejak mula bergelar isteri 7 bulan yang lalu..Bukan kerana sikap suami tetapi kerana jarak yang memisahkan kami.

Kala hati dipukul rindu, dirasuk cemburu, dihantui rasa sepi..sedih datang menemani. Maka facebook menjadi salah seorang teman setia ku kini..Namun, kadang kala terasa tindakan ini seperti dianggap kurang bijak. Sedangkan orang tak tahu betapa beratnya siksa hati menanggung. Salah kah orang yang mengekspreskan perasaannya? Pendapat manusia sentiasa berbeza. Bagi aku, selagi ekspresi tidak menyakiti hati, bukan menidakkan fitrah Ilahi, itu tidak salah. :)

Bagi mengatsi rasa sedih, bermacam-macam aktiviti aku lakukan.. berenang, menyibukkan diri, senam earobik, macam-macam lagi. Kawan adalah teman di sini.. Hati tak pernah jemu berdoa agar kami akan menikmati kehidupan seperti pasangan yang lain. Amin...



2 comments:

  1. everybody have their ups n downs. Allah test his servant suit with each abilities to cope. no sweets before bitter

    ReplyDelete
  2. dira,
    tak lama lg nt kita pun dok jauh dgn bkl hsband.
    sbr jela kan.. bila sesekali jumpa tu mst bermakna kan..:)

    ReplyDelete