Sunday 20 February 2011

Rasa Bersalahnya... :(

Entry yang pertama ni, ditujukan khas buat adik-adik ku yang masing-masing sudah pun meningkat dewasa. Entah, tiba-tiba sewaktu membasuh baju tadi, teringat akan mereka bertiga. Untuk pengetahuan semua, aku adalah puteri sulung tunggal  daripada 4 beradik (dah la sulung, tunggal pulak tu..hehe..) Nama gelaran aku dalam keluarga adalah "akak". Adik aku yang sulung Mohd Nadzeri Bin Omar (23 tahun) nama gelaran Ayie, kini menuntut di Melbourne. Mohd Ashraf Bin Omar (18 tahun) yang dikenali sebagai Acik sedang menunggu keputusan SPM dan kini sedang giat menghadiri kelas memandu..Adik, Mohd Nor Fikri Bin Omar (16 tahun) kini belajar di sekolah Sains Alam Shah. Itu lah sedikit sebanyak tentang adik-adik ku..

Tertanya-tanya kenapa tajuk entry ni "Rasa Bersalahnya..." dan apakah kaitan aku memperkenalkan adik-adik aku? Hurm..tunggu. Akan aku coretkan rasa bersalah aku kepada ketiga-tiga mereka dan secara terbuka aku nak minta maaf kepada mereka, My Lovely Brothers.

1. Mohd Nadzeri (Ayie)


Beza umur kami hanya dua tahun..Kami hidup sebagai 2 beradik selama 5 tahun sebelum kelahiran acik. Sebagai anak sulung, aku ni memang sedikit nakal. Banyak jugak la kegiatan pembulian yang telah aku lakukan ke atas ayie. Kami ni memang macam anjing ngan kucing. Selalu bergaduh. Puncanya aku lah yang tak nak mengalah..Bila kami bergaduh, habis la pasu kesayangan mak, pintu almari kaca yang menjadi mangsa. Jadi, memang tak heran almari di rumah kami tidak berkaca sebab abah dah hilang semangat nak ganti..Tiap kali kami bergaduh, antara ayat mak yang masih aku ingat 

"Orang tua-tua kata, kalau budak suka bergaduh kena bagi makan nasi angsa. Nasi yang dah dipijak dan disudu angsa"

Kebetulan, di kawasan berek polis tu ada aunt yang bela angsa. Memang nasi angsa tu kelihatan tersangat la kotor dan tidak sanggup dibayangkan jika aku dan ayie dipaksa makan nasi tersebut. Jadi, kami akan terus berbaik. Aku akan menjadi kakak paling baik di dunia pada waktu itu.hahaha...

Sambung balik..memandangkan aku suka buli dan jahat..dan aku merasakan ayie lebih diberi perhatian, aku ni selalu la nak cari pasal. Antara peristiwa yang paling aku tak boleh lupa dan perbuatan paling jahat aku buat pada dia, terjadi pada suatu petang yang hening ketika ayie berumur lebih kurang 4 tahun, aku pula 6 tahun.

Kisahnya begini....
Sudah menjadi kebiasaan kami untuk keluar bermain diwaktu petang. Ayie dengan kawan-kawannya, dan aku dengan geng aku. Kadang-kadang kami main bersama jugak..contohnya main gelongsor kotak. Kami akan menggelongsor menuruni bukit dengan duduk di atas kotak. Memang best gila permainan ni..(melalut pulak..)

Sedang aku asyik bermain, aku ternampak ayie tengah minta duit dari mak aku yang sedang bersembang kosong dengan kawan-kawannya. Untuk pengetahuan, aku dan ayie bukan lah anak yang suka meminta-minta. Jadi, bila aku tengok ayie minta duit, dan dihulurkan RM5 (duit lama) aku jadi hairan. Lepas ayie berlalu, aku tanya mak aku, kenapa ayie minta duit? Mak jawab, ayie nak beli air..Oo...Aku berlalu dan teruskan bermain.. 

Tiba-tiba..(Jeng Jeng Jeng) aku terlihat ayie sedang menanam sesuatu di kebun abah. Timbul keraguan, sejak bila ayie suka berkebun..Aku pun mendekati dan mendapati dia sedang menimbus sebuah kereta kebal mainan. Dia pandang muka aku dengan penuh simpati.. Aku pula, senyum dengan penuh rasa jahat..(Dapat bayangkan tak?)

Kami sudah dididik untuk berhenti bermain dan pulang ke rumah sebelum manghrib. Sesampai saja aku di rumah aku terus mengadu domba kejadian yang aku nampak tadi. Dengan penuh rasa dengki..Bila ja habis aku mengadu, mak terus mendapatkan ayie yang ketika itu dah bersedia nak mandi. Apalagi, ayie terus diasak dengan persoalan dari Mak. Tapi ayie memang jujur. Dia mengaku yang dia menipu. Dia takut nak bercakap benar, risau kalau-kalau dia tak dapat nak memiliki kerata kebal tu. Jadi, tu saja cara yang dia terfikir untuk capai misi dia..

Mak aku, bila dengar pengakuan ayie, terus la meradang. Ayie dibelasah teruk oleh mak. Padahal mak bukan lah ibu yang "cepat naik tangan".  Aku sendiri, hingga hari ini, langsung tidak penah dipukul, dirotan mahupun ditampar oleh mak dan abah. Betapa pengasihnya mereka :) Semasa ayie dibelasah, aku pula tersenyum puas..(jahatkan aku?).. Ayie merayu-rayu "Mak, adik minta maaf..adik janji adik tak buat lagi.. Adik menyesal, adik merayu adik tak kan buat lagi.." Selepas puas mak aku belasah ayie, mak aku kurung dia dalam bilik mandi. Hukuman kedua untuk kesalahan ayie kerana menipu.

Kesian kan ayie..dia pandang aku dengan sayu. Agar dirinya dibela. Tapi aku....hurm, memang kisah yang terjadi buat aku rasa bersalah hingga kini.. Maafkan akak ayie.. Ayie memang adik dan anak yang baik..
Tak pernah meninggi suara pada mak dan abah, tak pernah abaikan tanggungjawab pada pelajaran dan tanggungjawabnya atas nama seorang muslim :)

Aku dan Ayie sewaktu hari bersejarah aku, dia terpaksa bergegas ke airport sebab Flight ke Melbourne pada jam 1 pagi keesokan hari..

Kisah acik dan adik, akan aku coretkan di entry akan datang..TUNGGU.... 



No comments:

Post a Comment