Saturday, 26 February 2011

Sedih: Diam atau Ekspreskan....???

Sedih..perasaan yang tiap orang pernah, sedang atau bakal merasa..Mungkin kita berasa sedih dengan takdir yang menimpa diri sendiri dan sedih tika melihat orang lain ditimpa musibah..Bagi aku, rasa sedih adalah rasa yang boleh mendorong kepada perasaan yang lebih buruk (kecewa, berasa tidak bersyukur, patah semangat) atau ke arah perasaan yang lebih baik (lebih dekat dengan-Nya, bersyukur, lebih berusaha). Segalanya mungkin terjadi hanya dengan sekelumit rasa sedih.

Dalam kehidupan, kita telah dihidangkan dengan pelbagai rencah dan rempah kehidupan yang kadangkalanya enak untuk ditelan dan ada kalanya meloyakan anak tekak hingga tidak langsung dibenarkan untuk melalui esophagus. Begitu juga dengan rasa sedih yang ada tikanya mampu ditanggung dan dibendung dengan baik. Namun jika kedukaan yang datang menimpa bertimpa-timpa, kesedihan yang hinggap bukan calang tentu siapa pun sedikit sebanyak akan tergugat dan terlupa seketika dengan perasaan lain iaitu "REDHA".

Persoalan di sini, adakah rasa sedih yang menerpa perlu diekspreskan? Atau hanya berdiam harungi hari seperti tiada apa yang berlaku..

Di sini ingin ku kongsi secubit rasa bukan niat untuk mempersoalkan segala ketentuanNya. .
Kehidupan aku dan suami bukan seperti yang aku gambarkan. Jauh dari pasangan..Memang pada aku satu dugaan yang berat. Kini si dia sedang berkhidmat di Lubnan. Aku pula di Labuan. Rasa sedih, rasa cemburu selalu datang menerpa tanpa dipinta. Sedih kerana terpaksa melalui kehidupan sebagai seorang isteri yang berdikari seorang diri di pulau kecil yang terpencil dari family. Cemburu tika melihat pasangan lain berpimpin tangan, berkongsi segala suka dan duka di alam nyata, dan aku pula hanya di alam maya..Hebat sungguh peperiksaan perasaan yang terpaksa aku lalui sejak mula bergelar isteri 7 bulan yang lalu..Bukan kerana sikap suami tetapi kerana jarak yang memisahkan kami.

Kala hati dipukul rindu, dirasuk cemburu, dihantui rasa sepi..sedih datang menemani. Maka facebook menjadi salah seorang teman setia ku kini..Namun, kadang kala terasa tindakan ini seperti dianggap kurang bijak. Sedangkan orang tak tahu betapa beratnya siksa hati menanggung. Salah kah orang yang mengekspreskan perasaannya? Pendapat manusia sentiasa berbeza. Bagi aku, selagi ekspresi tidak menyakiti hati, bukan menidakkan fitrah Ilahi, itu tidak salah. :)

Bagi mengatsi rasa sedih, bermacam-macam aktiviti aku lakukan.. berenang, menyibukkan diri, senam earobik, macam-macam lagi. Kawan adalah teman di sini.. Hati tak pernah jemu berdoa agar kami akan menikmati kehidupan seperti pasangan yang lain. Amin...



Sunday, 20 February 2011

Rasa Bersalahnya... :(

Entry yang pertama ni, ditujukan khas buat adik-adik ku yang masing-masing sudah pun meningkat dewasa. Entah, tiba-tiba sewaktu membasuh baju tadi, teringat akan mereka bertiga. Untuk pengetahuan semua, aku adalah puteri sulung tunggal  daripada 4 beradik (dah la sulung, tunggal pulak tu..hehe..) Nama gelaran aku dalam keluarga adalah "akak". Adik aku yang sulung Mohd Nadzeri Bin Omar (23 tahun) nama gelaran Ayie, kini menuntut di Melbourne. Mohd Ashraf Bin Omar (18 tahun) yang dikenali sebagai Acik sedang menunggu keputusan SPM dan kini sedang giat menghadiri kelas memandu..Adik, Mohd Nor Fikri Bin Omar (16 tahun) kini belajar di sekolah Sains Alam Shah. Itu lah sedikit sebanyak tentang adik-adik ku..

Tertanya-tanya kenapa tajuk entry ni "Rasa Bersalahnya..." dan apakah kaitan aku memperkenalkan adik-adik aku? Hurm..tunggu. Akan aku coretkan rasa bersalah aku kepada ketiga-tiga mereka dan secara terbuka aku nak minta maaf kepada mereka, My Lovely Brothers.

1. Mohd Nadzeri (Ayie)


Beza umur kami hanya dua tahun..Kami hidup sebagai 2 beradik selama 5 tahun sebelum kelahiran acik. Sebagai anak sulung, aku ni memang sedikit nakal. Banyak jugak la kegiatan pembulian yang telah aku lakukan ke atas ayie. Kami ni memang macam anjing ngan kucing. Selalu bergaduh. Puncanya aku lah yang tak nak mengalah..Bila kami bergaduh, habis la pasu kesayangan mak, pintu almari kaca yang menjadi mangsa. Jadi, memang tak heran almari di rumah kami tidak berkaca sebab abah dah hilang semangat nak ganti..Tiap kali kami bergaduh, antara ayat mak yang masih aku ingat 

"Orang tua-tua kata, kalau budak suka bergaduh kena bagi makan nasi angsa. Nasi yang dah dipijak dan disudu angsa"

Kebetulan, di kawasan berek polis tu ada aunt yang bela angsa. Memang nasi angsa tu kelihatan tersangat la kotor dan tidak sanggup dibayangkan jika aku dan ayie dipaksa makan nasi tersebut. Jadi, kami akan terus berbaik. Aku akan menjadi kakak paling baik di dunia pada waktu itu.hahaha...

Sambung balik..memandangkan aku suka buli dan jahat..dan aku merasakan ayie lebih diberi perhatian, aku ni selalu la nak cari pasal. Antara peristiwa yang paling aku tak boleh lupa dan perbuatan paling jahat aku buat pada dia, terjadi pada suatu petang yang hening ketika ayie berumur lebih kurang 4 tahun, aku pula 6 tahun.

Kisahnya begini....
Sudah menjadi kebiasaan kami untuk keluar bermain diwaktu petang. Ayie dengan kawan-kawannya, dan aku dengan geng aku. Kadang-kadang kami main bersama jugak..contohnya main gelongsor kotak. Kami akan menggelongsor menuruni bukit dengan duduk di atas kotak. Memang best gila permainan ni..(melalut pulak..)

Sedang aku asyik bermain, aku ternampak ayie tengah minta duit dari mak aku yang sedang bersembang kosong dengan kawan-kawannya. Untuk pengetahuan, aku dan ayie bukan lah anak yang suka meminta-minta. Jadi, bila aku tengok ayie minta duit, dan dihulurkan RM5 (duit lama) aku jadi hairan. Lepas ayie berlalu, aku tanya mak aku, kenapa ayie minta duit? Mak jawab, ayie nak beli air..Oo...Aku berlalu dan teruskan bermain.. 

Tiba-tiba..(Jeng Jeng Jeng) aku terlihat ayie sedang menanam sesuatu di kebun abah. Timbul keraguan, sejak bila ayie suka berkebun..Aku pun mendekati dan mendapati dia sedang menimbus sebuah kereta kebal mainan. Dia pandang muka aku dengan penuh simpati.. Aku pula, senyum dengan penuh rasa jahat..(Dapat bayangkan tak?)

Kami sudah dididik untuk berhenti bermain dan pulang ke rumah sebelum manghrib. Sesampai saja aku di rumah aku terus mengadu domba kejadian yang aku nampak tadi. Dengan penuh rasa dengki..Bila ja habis aku mengadu, mak terus mendapatkan ayie yang ketika itu dah bersedia nak mandi. Apalagi, ayie terus diasak dengan persoalan dari Mak. Tapi ayie memang jujur. Dia mengaku yang dia menipu. Dia takut nak bercakap benar, risau kalau-kalau dia tak dapat nak memiliki kerata kebal tu. Jadi, tu saja cara yang dia terfikir untuk capai misi dia..

Mak aku, bila dengar pengakuan ayie, terus la meradang. Ayie dibelasah teruk oleh mak. Padahal mak bukan lah ibu yang "cepat naik tangan".  Aku sendiri, hingga hari ini, langsung tidak penah dipukul, dirotan mahupun ditampar oleh mak dan abah. Betapa pengasihnya mereka :) Semasa ayie dibelasah, aku pula tersenyum puas..(jahatkan aku?).. Ayie merayu-rayu "Mak, adik minta maaf..adik janji adik tak buat lagi.. Adik menyesal, adik merayu adik tak kan buat lagi.." Selepas puas mak aku belasah ayie, mak aku kurung dia dalam bilik mandi. Hukuman kedua untuk kesalahan ayie kerana menipu.

Kesian kan ayie..dia pandang aku dengan sayu. Agar dirinya dibela. Tapi aku....hurm, memang kisah yang terjadi buat aku rasa bersalah hingga kini.. Maafkan akak ayie.. Ayie memang adik dan anak yang baik..
Tak pernah meninggi suara pada mak dan abah, tak pernah abaikan tanggungjawab pada pelajaran dan tanggungjawabnya atas nama seorang muslim :)

Aku dan Ayie sewaktu hari bersejarah aku, dia terpaksa bergegas ke airport sebab Flight ke Melbourne pada jam 1 pagi keesokan hari..

Kisah acik dan adik, akan aku coretkan di entry akan datang..TUNGGU.... 



Pembuka Selera

Asalammualaikum dan Salam Sejahtera semua..

HUrmm..selamat datang semua. Ni adalah nukilan pembuka selera. Punya lah lama gila aku tak mencoret rasa. Harap-harap dengan terbinanya blog ini, dapatla aku teruskan minat menulis aku ni. Teringat pula waktu kecik-kecik dulu, pantang nampak pen, mesti aku buat nukilan kretif di dinding rumah, surat khabar, meja, kerusi, segala-galanya aku nak conteng. Best nya rasa menjadi budak kecik :)

Oh..ye lupa nak menyatakan sebab kenapa aku memilih perkataan rasa untuk aku jadikan unsur utama dalam blog ni. Nak tau sebab apa? Kalau nak tau, aku ni suka makan. Oleh yang demikian, deria rasa aku sangat sensitip. Rasa masam, manis, masin, pahit..semua aku leh rasa. Korang pun (selagi tunas rasa tak injured) pasti boleh rasa jugak,kan? Pada sesiapa yang tunas rasa dah rosak, sila berjumpa doktor bukannya dukun ya...

Selain dari tu..kita sebagai manusia mesti tak kan lekang dari diselubungi pelbagai perasaan. Rasa sedih, gumbira, rasa cinta, tertekan..macam-macam lagi. Jadi,  hidup kita ni sentiasa dikelilingi oleh perkataan "RASA". Atas alasan itu, aku nak menulis segala tentang rasa yang aku ada, yang mungkin orang lain tidak merasa.

Selamat mengikuti blog ini.. :)
Aku akan berkongsi rasa pada siaran selepas ini..Rasa apa? hurm..tu yang kita tak tahu ~